Terharu I, u ollss



Kak Ngah asked Iman, "Iman sayang maksu banyak mana?"

and he answered, "Iman sayang maksu macam air laut yang tak pernah kering-kering."



p/s: Iman dah masuk sekolah tahun ni. Pra-sekolah. Apa khabar Shifaa Rania di Perth, ya? Harap semua anak saudara maksu baek-baek sahaja. Maksu saaaayang semua! =)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dari 25 untuk 25


Ini cerita tentang kegigihan saya, pengorbanan saya, demi mencapai matlamat yang satu itu.

Jika orang lain sanggup berenang lautan api, saya juga sanggup! Tanpa ragu saya sanggup meredah traffic jam sepanjang Kewajipan. Juga sanggup merelakan Viva Hitam Tak Pick-up saya dibasahi hujan selebat2 hujan.

See see. Anda bagitahu saya, pada bila masanya Kewajipan tidak akan pernah jam?


Muka-paksa-ceria-bertenang, Lun. Walau teruk mana pun traffic jam, walau lebat mana pun hujan, harus tunjuk wajah kool dan ceria. Ini kan cerita tentang kegigihan dan pengorbanan? ;p Destinasi sebenar, Jalan Teratak, Bukit Jelutong. Sesat sampai UiTM Puncak Perdana pun, wajib beraksi cool juga. Walau terpaksa berpusing2 empat roundabout, reaksi dan emosi mesti mau maintain OK!



Semua gara-gara ini!




Ok, kita zoom-out sikit untuk imej yang lebih jelas.




Dan kita zoom-in balik sikit untuk efek yang lebih berkesan.




Fresh Strawberries. Petik dari ladang langsung mendapat tempat di atas.




OK! Ini memang terbaekss!




Sebelum masuk semula ke dalam kotak, perlu snap sekeping lagi untuk efek yang bisa menggiurkan. Eh, eh, I mean, meliurkan. *Yummy*




Lihat bibirku, merah bukan? Ha, ini lagi satu pengorbanan yang patut digembar-gemburkan. Walau zaman sekarang orang laen lebih selesa mengenakan lipstick yang nude color, saya dengan berani sanggup memakai lipstick yang merah menyala ang ang. Ada berani?



Semuanya sanggup saya lakukan. Hasilnya? Menarek, bukan? 2in1 lipstick and crayon. Jimat pun jimat. Lagi jimat jika lipstick itu sebenarnya sahabat akrab yang terpaksa-bagi setelah di-paw. Errr, tq Huda. ;p




Penampilan istimewa. Lipstick malang bersama-sama hasil karya seninya.



Ok, fine. Saya tahu. Apa sangat la nilai kek coklat strawberi saya jika nak dibandingkan dengan hadiah yang saya dapat ketika birthday saya empat hari lepas. Hatta jika diletak sebelah menyebelah sekali pun, hadiah itu tetap akan mencuri tumpuan mata yang melihat walau hakikatnya kek saya lagi besar berbanding benda alah teknologi berwarna hitam itu.



Dapat bayangkan tak bila orang yang selalu jakun-nak-bergambar-tapi-takda-kamera mendapat hadiah ini di hari lahir yang ke 25? Ya, Allah! Seronok dan jakunnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu!


Ok, ok. Untuk mengurangkan rasa bersalah sebab hadiah dari dia mahal tapi hadiah dari saya besar-ja-lebih-bila-makan-habis sahaja, saya dengan ini menyanggupkan diri untuk meng-upgrade standard kek coklat tersebut. Ha, tengok. Nampak tak perkataan 'menyanggupkan' lagi itu? Ia secara tak langsung membawa maksud pengorbanan ;p



Siapa kata orang lelaki tidak boleh mendapat bunga di ulang tahun kelahiran mereka?



Alalalala...comel bukan bebear itu 'mengokkong' bunga?



Niasara Florist. Sempat lagi aunty kedai ni promosi bunga untuk Valentine's Day.
It's ok la, aunty. I x sambut Valentine ;p


Okok, buat birthday boy. Pastikan nanti bila delivery tiba, anda menerima ketiga-tiga item, ya?
Strawberry Chocolate Moist Cake (emak kepada Hanis Zalikha punya air tangan), bebear dan juga bunga. Harap kamu suka, ya? *Suwit tak saya?* HAHAHAHH!


Sekarang, layankan sedikit gambar Lunch Date saya dengan Birthday Boy tadi.

Comelkan? Baca birthday card macam baca Muqaddam.



Saya nak bawa dia makan di Pizza Hut sebenarnya, tapi tiba2 terlalu di hadapan The Chicken Rice Shop. Singgah saja la ;p



Ha, ini memang kegemaran! Sebelum makan, dah chup saya tiga dia satu.
Tapi sebab perut dah penuh, terpaksa bahagi sama rata juga.



Walau tak se-gah Tony Roma's yang dia belanja di hari lahir saya 4 hari yg lepas, tapi makan ini sahaja pun betul2 buat kami tersandar kekenyangan~~~
Alhamdulillah.



Selamat ulangtahun ke 25, En Selangor! Membesarlah bagai JUARA!


Isk, balik-balik gambar makanan dan muka dia. Boleh saya enterframe? Heheh.





p/s:Bak kata Haizum, tahun terkakhir meyambut kelahiran sebagai bujang ;p




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Suatu hari di Johnny's


I felt like eating steamboat so I came out with an idea having lunch at Johnny's when Haizum and Ana asked me out this afternoon.


Haizum and Ana-The-Peace-No-War .



Me and Haizum.
We share the same birthday, January 30.



The jakun face of Haizum and En Selangor. Ana and her Peace-No-War trademark.


Total cost: Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Ringgit dan dua puluh sen.



p/s: Kenyang sampai malam.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

25 tahun selepas 30 January 1985


Kata mak, cabaran mengandungkan saya agak berbeza berbanding adik-beradik saya yang lain. Ketika mengandungkan saya, banyak benda yang mak alahkan. Banyak perangai pelik2 yang mak tak pernah berkenan nak buat, tapi mak ter-buat ketika membawa saya dalam kandungan. Mak tidak suka dikelilingi ramai orang. Mak tidak suka melihat orang. Mak tidak suka jika orang atau kawan-kawan datang bertandang ke rumah. Mak seboleh-bolehnya mahu mengelak dari bertemu dgn orang. Dan satu lagi, mak kurang gemar mengenakan pakaian lengkap ketika mengandungkan saya. Mak selesa berkemban dengan kain batik sahaja ketika itu. Itu kata mak la.

Tapi, itu cerita 25 tahun yang lalu. Ketika mak bersusah payah mengusung saya je hulu ke hilir di dalam perut mak yang besar memboyot. Abah pula, tak pernah sekali pun mengeluh memerah keringat mencari rezeki bagi menampung keluarga yang sedia besar dan makin membesar itu. Alhamdulillah, Abah tidak pernah membelakangkan keluarga. Setiap keringat yang mengalir itu adalah pengorbanan dan kasih sayang yang Abah zahirkan untuk keluarga ini.
Ketika 25 tahun yang dulu itu juga lah, kakak-kakak dan abang-abang sentiasa tertunggu-tunggu kelahiran seorang lagi ahli keluarga tercinta dari perut mak.

Sekarang, setelah 25 tahun saya dilahirkan, saya mula mengenal sedikit demi sedikit erti kehidupan, pengorbanan. Masih belajar. Masih belum terlewat rasanya untuk saya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik lagi.

Terima kasih, Allah. Terima kasih atas nikmat kurniaMu dan izinMu, aku masih mampu menghirup udara segar bekalan untuk meneruskan kehidupan. Semoga aku sentiasa di bawah lembayung keredhaanMu.

Terima kasih, mak. Terima kasih kerana bersusah payah mengandungkan Lun sembilan bulan sembilan hari.

Terima kasih, Abah. Terima kasih kerana sentiasa berada bersama mak dalam menghitung hari untuk mencapai detik kelahiran itu.

Terima kasih, MakAbah. Terima kasih untuk segala pengorbanan yang MakAbah telah lakukan untuk membesarkan Lun, memberi tunjuk ajar dan didikan yang sempurna agar menjadi anak dan insan yang berguna. Sesungguhnya tanpa Mak dan Abah, siapalh insan yang bernama Nurul Huda Shari ini. Tanpa Mak dan Abah, tak mungkin Lun berada di mana Lun berpijak sekarang.

Terima kasih, kakak, abang dan adik. Kerna sentiasa sama-sama memberi dorongan, membawa kebahagian dan kegembiraan dalam kehidupan hari-hari. Terima kasih atas tunjuk ajar dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.



p/s: Saya gembira saya 25 tahun hari ini! =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nama dia Zakwan Hakimi


Dia anak saudara saya yang ke.....berapa ntah. Dah ramai sangat anak saudara, nak masuk 25 org dah tengah tahun ni. Ingat turutan yang paling sulung dan yang paling bongsu je. heheh ;p

Okeh, kembali kepada cerita Zakwan Hakimi (we call him Akim). He is the one and only son of my 4th sista, Kekda. I have 10 siblings and I'm the most gorgeous! Hahah!
Isk..behave urself, Lun gedik. Kite nk bercerita pasal Akim skrg, sila jgn promot diri.

Akim is 8th years old. He is such a good and brilliant boy. Kekda trained Akim with a simple English sejak kecil lagi. So, agak2 kalau cakap English tunggang langgang lagi, baek jgn tnjuk heybat depan budak kecik ini. Satgi kena gelak, malu xtau nk letak muka tang mana.

I still remember when Mak asked Akim about his Ummi's (Kekda) car. Mak told Akim that Kekda's car is 'merah hati'. But Akim tried to correct his Nenek, he said Ummi's car color was Maroon, not 'merah hati.'
Justify Full

I love to mock him, whenever we see each other. Like these:

(Sila klik pada imej untuk tumbesaran)




Yang ni, dengan Yaya sekali kena. ;p


Hahah! Kiut bukan? Sian Akim. Selalu kena buli. Haiihhh..tak sabar nak tunggu Shifaa Rania besar pula. Boleh buat musuh macam Akim =)



p/s: I'm not the youngest, but nephews and nieces call me Maksu. Kak Lang said, when i was child, I fight for that title sampai nanges guling2. Huh, x logik langsung Kak lang ni.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nazli's wedding - Ajib's side


I went to Kuala Lipis last Friday, after work, to celebrate Nazli+Ajib's love one more time. Click here for reception on Nazli's side.

At the first place, I planned to go there by bus and already bought a ticket for me. Last minute plan, En Selangor decided to drive me there. We reached Syafa's house (MRSM Kuala Lipis) at around 1am. I stayed at Syafa's house while En Selangor at Syafa's friend's.

Saturday morning, I received a text msg from Nazli Huda, reminding me to come earlier to make her up for the reception. Saya bukan amateur, ape tah lagi profesional. Jadi, lihat lah hasil yang tak seberapa ini. (Maaf Huda. Itu je yang mampu)




Her lovely dress.


Pengantin lari.


Waiting for the bunga pahar.


En Selangor, me, Ajib, Nazli Huda, Syafa.

Selamat pengantin baru lagi sekali buat Nazli Huda dan Ajib.



p/s: Nantikan entry berikutnya, cerita tentang saya dan mesin pemerah santan. Tunggu!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 n u r u l s h a r i
designed by nurulSHARI

Powered by nurulSHARI