The one who makes my day brilliant


CAUTION: This is personal entry. Dedicated to whom it may concern :p
--------------------------

Okay, sebab dah nak dekat jam 12, kena berusaha bersungguh habiskan entry kali ni.


Weh, kau!

Ingat lagi tak waktu kau mintak tolong aku jadi Instant Girlfriend kau dulu? Masa kau datang Sepang nak jemput aku, kau terlajak jaaaauh sampai MIAT kt Jenderam tu tapi kau taknak ngaku. Ingat lagi tak? Kalau kau tak ingat, takpe. Aku flashback balik supaya kau takkan pernah lupa. Okey, buckle up plisss!


Get set go!


Kau bernasib baik kan sebab aku setuju dengan permintaan kau tu? Tu la, laen kali takde girlfriend, buat la takde girlfriend. Yang kau pegi canang kat orang kau datang wedding boss kau dengan girlfriend kau sape suruh? Kau malu eh kalo orang dapat tahu yang seorang lelaki yang boleh tahan hot, tak tinggi tak rendah, ala-ala "Chinese look" macam kau rupenye takde girlfriend? Hahahah!


Lepas je minggu aku konon-konon jadi girlfriend kau tu, kau tak perasan kan setiap minggu kau ngadap muka aku. Minggu selepas tu kita gi wedding Kak Nurul pulak sekali dengan Aqilah and Paan. Pastu lepas-lepas tu lagi kita gi jamuan raya kawan-kawan kau pulak. Ha! Aku ingat lagi kita pegi beraya rumah kawan kau nama Alia kot, pastu Ariel AF7 tu ada. Waktu tu dia bukan sesiapa lagi, tak jadi artis pon lagi. Kalau aku tau dia akan jadi artis tahun ni, dah lama aku amek nombor talipon dia pastu keep in touch dengan dia serta lepak sama-sama bercerita kedai kopi lalu bila dia jadi artis dia akan jemput aku dalam rancangan Trek Selebriti Edisi Ariel. Aku kan gile glemer.


Time tu sebenarnya kau janji nak bawak aku pegi zoo bila aku dah start ngada-ngada dah berani merengek kat kau teringin nak pegi zoo lah, situ lah, sana lah, sini lah. Seb bek tau kau layankan jugak permintaan aku. Tapi sayang, hari tu hujan. Aku dah siap pakai baju ala-ala Crocodile Hunter dah. Kecewa betol. Seb bek aku ada bawak baju raya. Sebab tak dapat nk pegi zoo, kau bawak aku pegi open house rumah kawan-kawan kau.


Pastu masa dah nak balik, walau dah kenyang, tapi kau ajak gak aku singgah makan. Aku tau, kau saja je nak lama-lama dengan aku kan? Lapar konon :p. Itu la pertama kali aku merasa makan kat Old Town White Coffee. Kau makan nasi lemak, aku makan mee tomyam ke ape ntah nama dia. Sangat pedas, okeh! Tapi sebab kau yang rekomen dan kau yang belanja ,tak berani la aku nak komplen lebih-lebih. Tehehehe.

Old Town White Coffee. Tempat di mana kau tak senang duduk, resah dan gelisah bila mana aku bercerita tentang kisah-kisah sedih aku. Apa tu orang Hindustani cakap? "Kuch kuch Hota Hai". Kau hilang selera makan, jeles punya pasal, kan? Tehehehe.


Esoknya tu pulak, kita proceed dengan open house kawan-kawan UiTM pulak. Agak frust la jugak bila pagi tu aku call kau, kau cakap kau tak dapat nak join sebab mama kau kat rumah ngamuk. Ni semua sebab semalamnya tu kau kupas bawang byk2 depan pintu rumah tapi kau tak kemas balik dan kau terus cabut keluar yang konon-konon nak bawak aku pegi zoo tu. Tapi seb bek mama kau cepat cool, finally kau dapat gak join jalan-jalan open house tu.




Hari tu aku pakai baju kurung merah dan selendang hitam. Kau pulak pakai baju melayu hijau. Kau cakap aku pakai selendang macam perempuan baru lepas balik dari ziarah kubur. Lepas tu aku dah nekad taknak pakai selendang dah. Satu, sebab kau cakap macam tu. Dua, sebab memang aku sndiri tak tau sebenarnya macamane nak pakai selendang kemas2.


Tapi aku tak sangka la pulak dalam kau mengata aku macam tu, kau suka rupanya. Stylo kata kau. Aku pon tak tau kat mana stylonya. Dan kau cakap itu first time kau tengok orang pakai selendang. Weh, kau tahu tak? Time tu, aku ni boleh dikira ketinggalan jugak la. Sebab sebenarnya trend orang berselendang tu bukan sesuatu yang baru la. Aku je baru terhegeh2 nak cuba. Lepas-lepas tu, aku pon berjinak-jinak la dengan selendang-selendang ni. Sanggup pegi Nilai 3 semata-mata nak cari selendang berbagai kaler. Kalau dulu, aku tak berapa reti sangat nak lilit-lilit, sekarang aku dah expert, kot. Hehehe.


Dulu aku pakai selendang cikai-cikai je. Simple. Sekarang aku dah pandai sikit la kot nk bergaya memilih selendang. Siap ade batu-batu lagi kau!



Lepas je minggu open house tu, kau ngadap muka lagi. Kau nak tebus balik la yang tak dapat pegi zoo hari tu. So kau bawak aku pegi Zoo Melaka. Seronok. Tapi on the way balik KL balik, kau ingat tak sign minyak kereta Atoz kau berkelip2. Waktu tu R&R jauh sangat lagi. Kau tutup aircond sebab nak jimat minyak. Sesak nafas aku. Dah la kau tak bagi bukak tingkap. Sebab kau cakap kau tgk Documentary kat Astro, kalau bukak tingkap,akan menambahkan beban dan tak akan membantu dalam penjimatan minyak. So, sepanjang perjalanan tu kita diam ja. Aku nak tegur borak2 sikit pon takot sebab muka kau ketat sangat. Hehehe.


Err..xde eh gamba kenang-kenangan kita di Zoo Melaka. Never mind lah. Yang penting aku simpan lagi key-chain yang kita beli tu.


Lepas tu ape eh? Kalau tak salah, aku ajak kau pegi open house rumah Kak Prema sempena Deepavali, kan? Masa tu cukup sebulan la yang Instant Girlfriend punya cerita tu. Kau datang Sepang bawak ros putih sekuntum pastu kau letak kat tempat duduk depan belah penumpang so that nanti bila aku bukak pintu, aku pun malu-malu kucing dan blushing bila nampak ros putih tu. Dah la aku bawak Along dan Baha sekali. Aku malu, tapi syok! Hehehe.


The 6th week tuh, kau bawak aku pegi Paya Indah Wetland pulak. Malam tu kau mesej aku dan senaraikan ape barang yang perlu aku bawa. Aku tak sabar bila kau berahsia ke mana kau nk bawa aku. The only hint yang kau bagi, kita nak pegi tengok hypo, berbasikal, dan kau mintak aku pakai baju riadah+hand towel. Kau bawak bekal makanan dari rumah. Hilang terus ayu aku bila makan bertambah-tambah. Sumpah sedap mak kau masak bilis tempoyak!

Kau suruh aku amek video. Sebab aku gila kamera+glemer, aku pon start la dgn mukadimah konon-konon aku pengacara. Pastu kau sound, "Weh, ambik vidoe hypo tu la. Bukan video kau!"
Naik malu aku weh~~


Sebelum minggu berikutnya yang kita pegi Pendang beramai-ramai dengan ofis mates kau tu, kau buat pengakuan melalui sms. Waktu tu aku kat KFC, kau otw balik lepas hantar aku. Aku jadi malu lepas tu nak angkat call kau. So lepas kau call berkali-kali aku tak jawab tuh, aku pon hantar la mesej konon-konon aku tak dengar henfon aku berbunyi, walhal aku malu. Seb bek kau memahami kan. Kau biar dulu aku habis malu. Kau tunggu pulak esoknya, nak bagi aku malu lagi. Ha, 4hb Nov tu lah yang aku dengan kau aci main "No Doubt" tuh.


Lepas je hari tu, aku dah tak teringat dah minggu-minggu antara kau dengan aku. Sebab banyak sangat kezutan yang kau bawa. Tapi bukan aku tak ingat langsung. Aku ingat setiap Hari Peristiwa kita, cuma maybe aku tak boleh nak ingat ikut urutan. Aku bet, kau pon dah tak berapa nak ingat kan? Cuba teka minggu ke berapa kau bawak aku pegi Desa Waterpark? Kalau kau betul, duit yang kau belanja aku makan sate dinner date tadi aku bayar balik. Tehehehe :p


Aku sebenarnya struggle nak update semua cerita dari dulu sampai la minggu lepas yang kau bawak aku jalan-jalan one day trip ke Kuantan semata-mata nak makan keropok lekor lepas kita tak jadi pegi Gambang Water Park tu. Tak lupa Taman Burung KL. Tapi memandangkan Lulu dah bagi warning message yang bateri dah low, dengan dukacita aku simpan dulu kenangan seronok walau penat itu.


Okeh! Sekarang dah jam 12 lebih. Nak dekat jam 1 dah pon. Hehehe.


Dah boleh publish! =)





p/s: Aku dan kau baru setahun jagung berkawan. Harap ada cahaya suatu hari nanti. Selamat satu tahun, Daris Ikhwan! =)










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

6 Response to "The one who makes my day brilliant"

  1. MY says:
    November 4, 2009 4:56 PM

    so sweet....

  2. Mohd Hafizd says:
    November 4, 2009 10:22 PM

    wah2..kau n aku jer~

    bagaimane dengan saya??? lariii..takdo kene mengena~ haha

  3. alang says:
    November 6, 2009 8:08 PM

    HAHA. Actuly lelaki nie ada dua jenis. Satu yg suka berterus terang. Satu lagi yg jenis malu2 kucing tapi mau. Sebab dia taktau nak mulakan aktiviti meng`ayat` ko, dia buat la alasan instant awek. Pastu steady awek la plak. hehe.

    Nway memang intresting citer nie. InsyaAllah aku doakan kekal ke akhir hayat ya.

    P/s yg kupas bawang tu betul ke? klau betul memang cool la,sebab bukan senang lelaki nak tolong mak kat dapur kecuali la spesies2 mcm budak nie ngn aku kut. Tp aku special case sebab akak takde. Muahaha.

  4. LuN says:
    November 6, 2009 11:36 PM

    my: =) mmg suwit

    hafidz:kamoo? mahu juga kah tempat di hati saya? aww~~ gedik lun

    alang:Aminnn. Tq. weh,psl bawang tu betoll. dia kupas bwg depan pintu rumah, pastu bile nk kua, terus tolak je kt tepi. adik bradik sume laki, so kena la tlg mak nak taknak kan. so same case la dgn alang =p

  5. Fubuki says:
    November 22, 2009 4:49 PM

    daris ikhwan sape? :?

  6. LuN says:
    November 23, 2009 10:01 AM

    Fubuki:
    O-o...u ask zeman who's daris ikhwan ;p

Copyright 2009 n u r u l s h a r i
designed by nurulSHARI

Powered by nurulSHARI