Salam AidilAdha
Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat Islam seluruh dunia. Alhamdulillah, masih berpeluang menyambut hari kemenangan ini pada tahun ini.
Alhamdulillah juga, ini adalah merupakan kali kedua menyambut raya sebagai seorang isteri selepas sambutan Raya AidilFitri yang lalu.
Memandangkan pada AidilFitri yang lalu disambut bersama keluarga mertua di Ampang, Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menyambut AidilAdha dengan keluarga di sebelah Sungkai pula. Mari saya kongsikan beberapa pengalaman beraya di kampung. =)
Raya AidilAdha kali ini tetap meriah walau tak semua adik beradik dapat berkumpul di rumah makabah. Kak Long dan Kekna berpakat menyambut raya bersama-sama di Sijangkang, rumah Kak Long. Manakala Abang Nizam dah keluarga masih di Perth, masa untuk menyudahkan pengajian beliau di peringkat PHD masih berbaki 3 tahun lagi, InsyaAllah.
Seperti biasa, malam raya adalah malam yang paling sibuk menyiapkan persiapan untuk esok hari. Memandangkan Kak Lang menyambut raya dengan keluarga mertua, dan Kak Ngah pula sudah penat bertungkus lumus memasak beberapa juadah di siang hari, maka pada sebelah malamnya pula tinggal saya, suami dan Kak Liza untuk menunjukkan skill masing-masing di dapur. Sementara Kak Liza membantu mengemas dapur, saya mula memasak kuah kacang dan satay daging goreng. Resepi satay daging goreng mak mertua =))
Pertama kali buat, Alhamdulillah menjadi jugak la. Tapi masih ada yang perlu diperbaiki untuk penambah sedap, bak kata Abang Ngah, Kak Ngah dan En Selangor. Takpe lah, first trial kan~ ;p
Siap je satay goreng, cepat-cepat sediakan bahan-bahan puding laici pulak. Menu puding laici ni je yang konfident sikit nak buat sebab senang berbanding satay tadi. ALhamdulillah, tak keras sangat tak berair sangat. Sedang-sedang.
Agak frust sebab satay goreng tak berapa nak menjadi,mood untuk menyediakan menu yang berikutnya pun hilang. Tapi memandangkan semua bahan sudah tersedia, oven pun dah bersusah payah pinjam dari Kak Lang, dan Kak Ngah dan En Selangor pun sukarela membantu, maka tepat jam 11malam, operasi mengadun tepung dan membakar kek pun bermula.
Promot kek hasil tangan sendiri. Presentation dah out sebab kacang badam hangus terbakar dalam oven. So guna choc-chip je la tabur atas kek.
Choc-cheese marble cake.Alhamdulillah, walau tak berapa nak naik, rasa tetap sedap. Kak Liza cakap, “Macam makan kek Secret Recipe."
Isk, selalu tau puji melampau2, nak jaga hati la tu.
Tapi lepas tu Abag Ngah cakap, “Liza memang bagus la dalam bab nak jaga hati orang.”
Tapi lepas tu En Selangor, anak-anak buah dan Kak Ngah cakap, kek tu memang sedap. Yeay!
So, pada siapa2 yang nak mencuba, saya kongsikan resepi di sini. Nanti feedback ye menjadi ke tak. =)
KEK MARBLE COKLAT KEJU
Bahan-bahan A:-
120g tepung naik sendiri
20g serbuk koko
1 sudu kecil bakin powder
180g mentega
170g gula kastor
3 biji telur
Bahan-bahan B:-
250g krim keju
60g gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Cara untuk Bahan A:-
1. Panaskan oven 160c. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan tepung naik sendiri, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak bersama ke dalam adunan.
3. Bahagi adunan kepada dua bahagian
Cara untuk Bahan B:-
Pukul kesemua bahan B sehingga kembang.
Cara menyatukan Bahan A dan B:-
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang dan ratakan.
2. Tuang bahagian B dan ratakan.
3. Tuang baki Bahan A dan ratakan.
4. Bakar selama 60minit.
Selamat mencuba! =)
p/s: Menu untuk satay daging goreng kemudian ye =)







November 19, 2010 12:45 PM
akan ku cube jua satu hari nanti..resipi mudah..tp nk kne bakar ke??huhuhu...
November 19, 2010 2:37 PM
alah, bakar dlm oven cik iman. bukan nk kena tiup bara api pon ;p
gudluck! nnt dah buat, repot eh
November 19, 2010 4:08 PM
Salam Aidiladha!!
November 19, 2010 4:38 PM
er er er...rasanyer saya x tolong pun malam tu...yg saya sedar2 bila pergi dapur tengah malam tu dah gelap....sorry arr...tapi kek tu memang sedappp......congrats Lun...moga tercapai nak bisness kek nanti....
Kak Lieza yang malas.....
November 19, 2010 4:59 PM
salam AidilAdha jgk Mai =)
Kak Liza, xpa la. mlm tu mmg tender lun duk kt dapuq. heheh. btw tq atas pujian =)
November 22, 2010 11:00 AM
Nanti boleh cuba resepi laen lak...