Chocolate cupcakes


Assalamualaikum wbt.

Tengah teruja nak update entri pasal aktivit hari minggu yang lepas. Hujung minggu lepas, keluarga mertua semua bercuti di Kuala Terengganu. Jadi masa yang ada diguna sebaik mungkin untuk mengasah skill membakar kek dan masak apa-apa yang patut. Awalnya, plan asal nak mencuba membakar sejenis kek dan sejenis pastry. Memandangkan oven rosak di saat-saat akhir (bukan rosak di tangan I eh, rosak sebab alam semulajadi. Disambar petir ;p), terpaksa lupakan niat asal nak bakar pastry tu. Kek pun kukus guna periuk kukus. nasib baik jadi =)

Sebenarnya, niat asal nak buat kek ni sebab nak meraikan hari lahir adik ipar bongsu yang menyambut ulangtahun ke-14 pada 25hb Disember yang lepas. Konon-konon nak buat surprise la bila diorang balik dari becuti, tersentuh hati nampak birthday cake atas meja. Hilang terus penat, kan~~ Teheheh ;p



Sebelum jadi cupcakes ni, sehari sebelum tu dah try kukus satu adunan dulu. Kalau jadi,bolehlah dibawa sebagai buah tangan ketika melawat Ayu di Selayang, sempena kelahiran baby sulung beliau. Tengah asyik menyediakan bahan-bahan, Ayu mesej, mereka sudah dalam perjalanan pulang ke Jitra. Bukan rezeki Ayu dan baby Zil Aqeel Abbas la tu. Tapi kek ut tak dibazirkan begitu sahaja. Alhamdulillah, selamat dijamu di majlis cukur jambul seorang sahabat di Beranang.



Alhamdulillah, cubaan pertama menjadi.


164859_493633704424_717304424_5861825_7170848_n

Kek coklat kukus cubaan pertama. En Selangor cakap sedap. Tapi aising krim tak berapa nak menjadi. Takpelah, first trial kan? =)



Untuk cubaan kali kedua, nak try kukus dalam cup pulak. Berusaha call Kekda and mama Semiah mintak guideline. Alhamdulillah. Lega sangat bila keluarkan je dari periuk kukus, kek menjadi.


CIMG4041

Kek coklat kukus. Sebelum di aising.



CIMG4046

Buat empat bancuhan aising untuk warna yang berlainan. Alhamdulillah, aising kali ni menjadi sangat. Pemilihan warna ditentukan oleh En Selangor sepenuhnya.



CIMG4050

Mula-mula buat topping base dulu, blue color. 90% tangan En Selangor yang topping kan =)



CIMG4055 Dan akhirnya, inilah hasilnya. Clapclapclap!



CIMG4062

Selamat ulangtahun ke-14 Aim! Semoga panjang umur, dirahmatiNYA selalu =)

Ini je hadiah yang mampu Kak Huda and Abag A bagi=))



p/s: Lepas ni kalau ada peluang nak try buat Quiche Loraine pulak. Tapi kena beli oven dulu lah =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Chocolate cupcakes"

Copyright 2009 n u r u l s h a r i
designed by nurulSHARI

Powered by nurulSHARI